Saturday, August 1, 2009

Ancaman Cyanide

Ancaman Cyanide Yang Digunakan Dalam Proses Pemisahan Emas di Bukit Koman di Negeri Pahang

Seramai 3, 000 penduduk di Bukit Koman di Kawasan Raub, Negeri Pahang merasa amat risau terhadap perlombongan dan proses pemisahan emas yang dijalankan oleh Raub Australian Gold Mining Sendiran Berhad yang menggunakan cyanide. Tapak perlombongan tersebut adalah lebih kurang 300 meter dari kawasan kediaman mereka di Bukit Koman.

Cyanide merupakan sejenis bahan kimia yang bahaya kepada kesihatan manusia dan ia akan mengakibatkan keguguran bayi dalam kandungan. Orang yang didedahkan kepada bahan kimia ini akan menghadapi penyakit sakit kepala, nausea, kesusahan untuk bernafas, kekeliruan, seizures, koma and penyakit jantung.

Beberapa kajian terhadap cyanide membuktikan bahawa penggunaan cyanide secara meluas telah menjejaskan kesihatan ramai orang di Kanada, Romania, Guyana, Kyrgyzstan dan Papua New Guinea.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Negeri Pahang telah mengumumkan cadangan projek Empangan Klau yang bernilai RM3 billion di bawah Projek Pemindahan Air di Antara Negeri Pahang-Selangor (ISRWT) di Raub. Ramai penduduk di kawasan Raub dan juga pertubuhan alam sekitar merasa bimbang bahawa cyanide yang digunakan oleh syarikat perlombongan tersebut akan meresap ke dalam aliran air bawah tanah, dan menjejaskan kebersihan dan ketulinan bekalan air di empangan tersebut.

Saya difahamkan bahawa para penduduk di Bukit Koman telah berjumpa dengan Ahli Parlimen Raub dan ADUN Teras berkenaan dengan kebimbangan mereka terhadap penggunaan cyanide oleh Raub Australian Gold Mining. Apakah masalah dan kebimbangan penduduk-penduduk ini telah disampaikan kepada pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar?

Persoalan saya adalah, apakah syarikat Raub Australian Mining Sdn Bhd telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Alam Sekitar untuk menggunakan cyanide dalam aktiviti perlombongan dan proses pemisahan emasnya?

Memandangkan kawasan Raub mempunyai 80,000 orang penduduk dan aktiviti penggunaan cyanide dalam proses pemisahan emas ini akan menjejaskan nyawa dan kesihatan beribu-ribu orang di Raub, dan berkemungkinan akan mencemarkan aliran air bawah tanah yang mengalir ke Empangan Klau, apakah langkah yang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan untuk mempertahankan nyawa dan kesihatan berjuta-juta penduduk di Pahang dan Selangor yang menggunakan air tersebut?

Penjelasan perlu diberikan kepada penduduk Bukit Koman

Pada tahun 2007, sebuah organisasi kewangan antarabangsa telah mendapat dokumen pengesahan dan sekali lagi memulakan perlombongan emas tanpa pemberitahuan dan menghubungi penduduk tempatan. Permasalahan sekarang bukan perlombongan tetapi penggunaan bahan-bahan toksik terutamanya cyanide dalam proses peerlombongan.

Raub, Pahang pernah menjadi tapak perlombongan emas yang terbesar dalam negara.

Tapak perlombongan emas utama di Raub terletak di sebuah perkampungan baru yang dikenali sebagai Bukit Koman. Pada era ke-19, Bukit Koman mengalami sejarah kemajuan yang pesat atas perkembangan perlombongan emas di kawasan tersebut. Penamatan perlombongan emas pada era 60an, Bukit Koman turut mengalami pembantutan dari segi kemajuan tempatan. Tempat ini merupakan perkampungan baru yang menunjukkan adat istidat dan budaya yang asli dan mementingkan hubungan sesama penduduk sejak dekad yang lepas.

Pada tahun 2007, sebuah organisasi kewangan antarabangsa telah mendapat dokumen pengesahan dan sekali lagi memulakan perlombongan emas tanpa pemberitahuan dan menghubungi penduduk tempatan. Permasalahan sekarang bukan perlombongan tetapi penggunaan bahan-bahan toksik terutamanya cyanide dalam proses peerlombongan.

Organisasi berkuasa tidak mengambil langkah untuk menjelaskan kesan cyanide yang boleh membahayakan kepada manusia dan alam sekitar. Penduduk tempatan dapat mengetahui masalah cyanide dengan pencarian dan pengumpulan maklumat dengan usaha sendiri.

Pada masa yang sama, penduduk tempatan menyedari mereka bahawa masalah ini mungkin menjadi ugutan yang boleh meracuni seluruh kampung lalu menubuhkan jawatankuasa yang membantah penggunaan cyanide dalam perlombongan dan mencari pelbagai cara dan saluran untuk menyampaikan suara mereka yang memerlukan pertolongan dari luar.

Penduduk tempatan bukanlah ingin menentang perkembangan dan kemajuan yang dibawa oleh perlombongan tersebut tetapi disebabkan beberapa persoalan seperti berikut yang menakutkan mereka:

1. Setiap jenis industri harus terletak sekurang-kurangnya di luar lingkungan 5 km dari tempat tinggal penduduk. Namun, tapak perlombongan emas Bukit Koman terletak di lingkungan dalam jarak satu jalan raya dengan tempat tinggal penduduk dan bukannya lingkungan 10km dari tempat tinggal penduduk. Bagaimana dokumen pengesahan dikeluarkan disebabkan tapak tersebut tidak mempunyai zon larangan yang jelas dengan tempat tinggal penduduk, kedai dan sekolah dan merupakan tapak yang menggunakan bahan toksik terutamanya cyanide sebanyak 1.5 tan setiap hari?

2. Terdapat contoh yang jelas mengenai kes kebocoran bahan-bahan toksik dari tapak perlombongan di luar negara. Di Indonesia, kes kebocoran merkuri pernah berlaku di Buyat dan menyebabkan sebanyak 1,000 orang penduduk tempatan yang tinggal di 6 perkampungan yang berbeza mengalami sengsara dengan keracunan yang disebabkan oleh bahan toksik tersebut. Kerajaan Indonesia akhirnya mengarahkan semua penduduk tempatan dipindahkan dari tempat tersebut. Di Amerika Syarikat, kes kebocoran cyanide juga pernah berlaku di daerah Colorado. Kes tersebut telah menyebabkan kematian semua hidupan laut dalam lingkungan 27 km. kes kebocoran cyanide dan pencemaran juga boleh berlaku di negara Amerika Syarikat yang merupakan negara maju, apatah lagi dengan negara Malaysia yang belum tergolong dalam kategori negara maju untuk memastikan kegunaan cyanide dengan selamat?

3. Penduduk tempatan pernah menghubungi pihak berkuasa dan pihak berkuasa menyatakan bahawa penggunaan cyanide dalam perlombongan adalah selamat sekiranya proses pengurusan dijalankan dengan baik. Tetapi, pihak berkuasa tidak boleh menjamin keselamatan penduduk tempatan dengan memberikan jawapan tersebut sahaja. Dasar keselamatan dan sistem pengawasan yang digunakan tidak pernah dinyatakan oleh pihak berkuasa. Sekiranya keselamatan penduduk terjamin, kenapa pihak berkuasa tidak membernarkan penduduk tempatan melawati tapak perlombongan emas untuk memahami dasar keselamatan yang digunakan supaya mengetahui keselamatan mereka terjamin?

Selama dua tahun ini, pihak berkuasa masih tidak memberi maklum balas dan penjelasan mengenai pertanyaan yang dikemukan oleh penduduk tempatan Bukit Koman.

Penyerahan memorandum, perbincangan bersemuka, perhimpunan dan penyuaraan secara terbuka di tempat awam…apa- apa cara yang boleh digunakan oleh penduduk tempatan telah digunakan.

Pada tahun lepas, penduduk tempatan telah membuat keputusan untuk membantah kebenaran pihak berkuasa atas kes penggunaan cyanide dalam perlombongan emas di Bukit Koman dan menfailkan kes tersebut ke mahkamah persekutuan. Namun demikian, mahkamah persekutuan tidak menerima permohonan selepas prosedur pendakwaan dijalankan lebih daripada 1 tahun. Sebab yang diberikan oleh mahkamah persekutuan ialah permohonan yang dikemukan oleh penduduk tempatan Bukit Koman dikira sangat lewat kerana Jabatan Alam Sekitar telah lama mengeluarkan dokumen pengesahan pada tahun1997. Oleh itu, tanggapan penduduk tempatan yang kes tersebut boleh diselesaikan denagan menggunakan cara ini telah hancur dan mereka kini sudah menemui jalan bantut.

Kes ini dilihat dan dikaitkan bukan sahaja dari segi isu yang melibatkan kehidupan harian penduduk tempatan tetapi juga melibatkan isu alam sekitar, hak asasi manusia malahan hak untuk hidup bagi seseorang manusia. Setiap lapisan masyarakat tidak boleh mengetepikan kes ini dan paling penting pihak kerajaan patut mengambil tindakan yang sewajarnya.

Harapan terakhir bagi penduduk tempatan ialah bantuan daripada pihak kerajaan. Sebagai satu kerajaan yang mengutamakan rakyat, tanggungjawab memastikan persekitaran kehidupan rakyat terjamin juga harus dilaksanakan selain daripada mementingkan kemajuan dan perkembangan ekonomi negara dan menjaga kepentingan dan keselamatan rakyat.

Di bawah dasar “rakyat diutamakan” yang dikemukakan oleh perdana menteri yang baru, diharapkan pihak kerajaan akan mengambil berat mengenai kes tersebut dan tindakan yang sewajarnya harus juga diambil pada masa yang sama untuk menyelesaikan kes tersebut sebagai penjelasan kepada tiga persoalan yang dikemukan oleh penduduk tempatan Bukit Koman.

Tempat tinggal yang selamat, aman dan sihat bagi sekeluarga dan generasi yang seterusnya – inilah yang diidamkan oleh setiap rakyat.