Saturday, August 1, 2009

Kes-Kes Kebelakangan

Contoh-contoh terkini
1. Lombong Zortman-Landusky, Montana, 1982: 52000 gelen larutan cyanide telah mencemarkan sistem saliran yang membekalkan air minuman bersih kepada bandar Zortman. Salah seorang pekerja lombong menyedari insiden ini apabila dia mendapati air paip di rumahnya berbau sianida.
2. Lombong Summitville, Colorado, 1992: Lombong Emas Summitville telah bertanggungjawab mencemarkan Sungai Alamosa sejauh 17 batu dengan cyanide serta pelbagai jenis bahan-bahan pencemar yang lain.elakang
3. Lombong Emas Kumtor, Kyrgyzstan, Asia Tengah, 1998: Sebuah trak membawa 2 tan natrium cyanide terjunam ke dalam Sungai Barskoon. 2600 kes keracunan cyanide dan 4 kematian berkaitan sianida dilaporkan selepas kemalangan itu.
4. Lombong Emas Aural, Romania, Eropah Timur, 2000: Deretan kenderaan pengangkut yang penuh dengan cyanide telah mengakibatkan berlakunya tumpahan cyanide dan bahan logam yang mengalir ke Sungai Tisza dan seterusnya ke Danube, membunuh hidupan liar akuatik dan mencemarkan sumber bekalan air bersih sejauh 250 batu ke hilir sungai.
5. Pada bulan Mei 1998, sebanyak 6 ke 7 tan cyanide daripada deretan kenderaan pengangkut cyanide telah tumpah dari Lombong Homestake ke Whitewood Creek yang terletak di Black Hills, South Dakota, mengakibatkan kematian ikan-ikan dalam jumlah yang amat besar.
6. Syarikat Perlombongan Dakota telah membeli tanah daripada kerajaan Persekutuan pada harga hanya $5 per ekar (di bawah Undang-undang Perlombongan Umum tahun 1872), mengekstrak emas berjumlah kira-kira $69 juta dalam masa 10 tahun, kemudian memfailkan bankrupsi pada tahun 1998, meninggalkan kepada pembayar-pembayar cukai bil pembersihan yang dianggarkan berjumlah $40 juta.
7. Sebelum pengundi-pengundi mengambil inisiatif ke arah pengharaman penggunaan cyanide secara terbuka di Lombong Golden Sunlight, Montana, para pemilik tanah di hilir sungai berhampiran lombong tersebut telah dipaksa menjual aset hartanah mereka kepada Placer Dome Corporation selepas bekalan air minuman bersih mereka dicemari oleh cyanide.
8. Lombong Kendall berhampiran Lewistown, Montana, telah mencemarkan sungai-sungai yang berhampiran dengan sisa bahan buangan lombong yang bertoksik sejak dari tahun 1995 lagi. Usaha penebusgunaan di lombong tersebut juga telah mengurangkan bekalan air di kawasan-kawasan di hilir lombong tersebut. Lapan pemilik-pemilik tanah yang berjiran dengan lombong tersebut telah memfailkan aduan bagi menuntut hak ke atas bekalan air daripada syarikat perlombongan itu.
9. Lombong Golden Maple berhampiran Lewistown, Montana, telah diarahkan untuk menyediakan bekalan air bersih alternatif bagi tujuan keperluan penggunaan domestik dan juga penggunaan haiwan ternakan kepada peladang ternak yang berjiran dengannya selepas 77,000 gelen cyanide mencemarkan air bawah tanah di kawasan yang berjiran dengan lombong tersebut.
10. Pada tahun 1997, berkenaan penyelesaian tuntutan mahkamah yang dikenakan ke atas Pegasus Gold, syarikat tersebut telah bersetuju untuk membelanjakan $34 juta bagi mengkaji kesan kerosakan alam sekitar terhadap air bawah tanah di sekitar lombong Zortman/Landusky, membina loji pembersihan air tambahan, membuat kajian kesihatan umum dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment