Saturday, August 1, 2009

Sifat keracunan

• Racun kelas I,racun perkilangan yang akan menyebabkan kematian dalam masa yang singkat
• Akan menyebabkan kematian dengan hanya menelan 1-2mg/kg (hanya kuantiti sekecil saiz sebiji beras sahaja!)
• Racun ini dapat diserap ke dalam badan kita melalui kulit kita,sistem pernafasan, , dan sistem penghadaman yang mengakibatkan keracunan.
• Racun ini akan mengalang sel-sel badan kita menggunakan oksigen,dan mengakibatkan sel badan mati.
• Memberi kesan pada respirasi sel, mengakibatkan sawan dan tidak sedar diri.
• Memberi kesan yang lebih memudaratkan pada jantung dan otak berbanding dengan organ badan yang lain kerana jantung dan otak memerlukan oksigen yang lebih banyak.
• Apabila kepekatan HCN di udara adalah 20ppm, keracunan atau maut akan berlaku dalam masa beberapa jam sahaja.
• Kandungan cyanide di permukaan air dalam tanah tidak boleh melebihi 0.2 mg/L, apabila kepekatan cyanide dalam air lebih daripada 0,5mg/L, 20% hidupan air akan mati dalam masa 2 jam, dan mati semuanya dalam masa satu hari.
• Senjata kimia yang digunakan oleh Nazi semasa perang dunia kedua, telah membunuh berjuta-juta orang Yahudi.
• Merupakan salah satu senjata serangan pengganas yang berpotensi.
• Digunakan dalam hukuman mati, mati dalam masa 10 saat sahaja sekiranya dimakan atau disuntik.
• merupakan agen pelarut yang kuat bagi racun yang lain.

No comments:

Post a Comment