Saturday, August 1, 2009

Latar Belakang

Raub merupakan sebuah Bandar yang aman dan makmur. Namum begitu, Bandar yang dibangunkan dengan emas ini mungkin akan musnah disebebkan oleh emasnya juga. Akibat daripada penggunaan bahan kimia Cyanide secara berleluasa dalam lombong emas, lembah ini kini delanda keresahan. “Raub adalah tempat kami lahir dan membesar, rumah dan harta kami semuanya di sini. Tiada alasan untuk kami berpindah dari sini. “ inilah rungutan yang sering terdengar. Alamat proses melombong terletak hanya 2 meter jauh dari kawasan perumahan, seberang jalan sahaja, mengapakah Jabatan Geosains dan Perlombongan Pahang masih memberi kelulusan untuk menggunakan bahan kimia beracun Cyanide untuk melombong emas?

Bukit Koman adalah sebuah kampong lama dan kecil dihuni oleh sejumlah tiga ribu orang penduduk daripada 400 buah keluarga, terletak di dalam kawasan perlombongan dan merupakan kampung disaluti emas.

Aktiviti perlombongan bermula pada tahun 1898 tetapi berkurangan pada tahun 1963. Pada masa itu perlombongan dikuasai oleh orang Australia. Dalam tahun 1970, beribu hektar tanah lombong dipindah milik kepada kumpulan Kam Mun Wah. Selepas membeli tanah, beliau mengusahakannya dengan tanaman kelapa sawit dan menyimpan 2 sektor yang berukuran 600 hektar. Dalam tahun 1980-an. Kam Mun Wah menyewa tanah simpanan itu kepada pelombong Cina untuk melombong emas secara pengasingan gravity. Dalam tahun 1990, syarikat mengambil balik tanah itu dan menubuhkan sebuah syarikat untuk melombong emas sendiri.

Anak lelaki Kam Mun Wah, Andrew Kam, menubuhkan Syarikat Emas Semenanjung Berhad, yang tersenarai dalam Bursa Saham London dan dimiliki sepenuhnya oleh Raub Australia Gold Mining Sdn. Bhd. (Syarikat Pelombong Emas Raub Australia Sdn. Bhd.) Pemegang saham yang lain termasuk Tengku Puteri Pahang, Tg. Puteri Seri Lela Manja dan bekas suami Mohd Moiz. Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang merupakan rakan kongsi.

Kronologi peristiwa

21/08/06

Raub Australia Gold Mining Sdn. Bhd. berjaya mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelombongan dan Geosains Pahang untuk menggunakan bahan-bahan toksik terutamanya Cyanide dalam proses perlombongan emas di kawasan Bukit Koman. Proses tersebut bernama ‘Carbon-In Leach’ (CIL).

04/12/06

Selepas mengetahui tentang bahaya maut dan impak disebabkan oleh Cyanide, penduduk kampung menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak Menentang Penggunaan Cyanide Dalam Perlombongan Emas, dengan secara apresifnya menyebarkan amaran SOS kepada semua orang untuk memberi sokongan, mengumpulkan bantuan untuk memulakan perang menentang Cyanide demi menyelamatkan kampung halaman mereka. Pada masa yang sama, petisyen dimulakan dan 10 ribu tanda tangan telah Berjaya dikumpulkan.

02/03/07

Menteri Besar Pahang,YB Datuk Adnan Yaakob merasmikan majlis pecah tanah Raub Australia Gold Mining Sdn. Bhd. Dengan disaksikan oleh Tg. Puteri Pahang Seri Lela Manja serta Bekas Suami Mohd. Moiz, dan ahli parlimen Raub YB Dato’ Dr. Ng Yen Yen. Tg. Puteri Pahang serta bekas suami juga sebagai Pengarah oleh Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd.

Mei 2007

Jawatankuasa tersebut menghantar suran kepada Perdana Menteri YAB dato Abdullah Badawi, Ketua Menteri Tenaga, Air B Dato Lim Kim Aik dan Presiden MCA, YB Dato Wong Ka Ting untuk memohon perhatian kepada pekara ini. Mereka juga mengadakan perbincangan dan mengemukakan memorandum termasuk surat petisyen dengan 10,000 tanda tangan. Memorandum ini dihantar juga kepada ahli parlimen Raub YB Dato Dr. Ng Yen Yen, Ketua MCA Negeri Pahang YB Dato Chan Kon Choy, dan ketua Pemuda MCA merangkap ahli Parlimen Bentong YB Dato Leow Chong Lai. Tiada jawapan diterima.

Julai 2007

Jawatankuasa berjumpa dengan Presiden Sahabat Alam Malaysia, Meena Raman di Pulau Pinang untuk bantuan peguaman.

21/03/08

Jawatankuasa mempermukakan saman ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memohon mahkamah menolak kelulusan EIA Report (Environment Impact Assesment Report) daripada Jabatan Pelombongan & Geosains Pahang kepada Raub Australia Gold Mining Sdn. Bhd. untuk menggunakan Cyanide dalam proses melombong emas di Bukit Koman. Kementerian Persekitaran Malaysia telah dinamakan sebagai defenden, dan Raub Australia Gold Mining Sdn. Bhd. Sebagai defenden kedua.

Mei 2008

Pakar dalam bidang cyanide Dr. Glenn C. Miller dari United Kingtom, datang secara peribadi membuat penyelian dan mengesahkan bahawa kilang perlombongan emas tersebut tidak mengikut piawaian antarabangsa, akan mengakibatkan cemaran membahaya dalam jangka masa yang lama.

Feb 2009

Raub Australia Gold Mining Sdn. Bhd. Memulakan proses melombong menggunakan Cyanide. Penduduk tempatan mula terhidu bau busuk. Semenjak itu, ramai penduduk mula mengalami insomnia, muntah-muntah, pening dan simtom-simtom tak normal yang lain. Jumlah aduan simtom-simtom tidak normal sudah mencapai lebih 200 kes.

08/03/09

Berates-ratus penduduk kampung mengahiri Perhimpunan Anti Cyanide dan menggantungkan kain rentang untuk menunjukkan keterapan mereka menentang penggunaan Cyanide. Ada juga penduduk yang telah berpindah dari Bukit Koman untuk menyelamatkan diri daripada kampung yang merbahaya ini.

23/03/09

Exco Pahang Dato Ho Kee Mum menerbitkan satu laporan hasil daripada kajian yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar yang menyatakan tiada Cyanide yang dikesan.

25/03/09

Jawatankuasa bersama ADUN Raub, Chong Shao Aun melaporkan kejadian kepada Badan Anti Rasuah untuk menyiasat proses kelulusan lesen penggunaan Cyanide dalam perlombongan emas tersebut.

20/04/09

Pihak polis menangkap 6 orang ahli jawatankuasa anti cyanide dan menahan mereka selama 1 malam kerana mereka memasuki kawasan larangan semasa meraka melawat kawasan perlombongan emas tersebut bersama Dr. Glenn C. Miller pada Mei 2008.

28/04/09

Juruwang jawatankuasa anti cyanide Encik Chong Sow Pin meninggal dunia secara tiba-tiba.

01/05/09

700 ang berkabung diatas kematian Chong Sow Pin.

Mei 2009

Sekumpulan orang muda dari Kuala Lumpur menyokong jawatankuasa anti cyanide dan menjalani kempen membantah cyanide.

01/06/09

Kuala Lumpur High Court menolak permintaan pihak penduduk Bukit Koman untuk menilai semula EIA Report yang diluluskan 12 tahun dahulu.

14/06/09

30 orang ahli KL & Selangor Assembly Hall, blogger, wartawan, peguam melawat Bukit Koman.

23/06/09

300 orang manghadiri seminar pertama yang dianjurkan di KL & Selangor Assembly Hall.

04/07/09

Seramai 50 orang Parti Keadilan Rakyat melawat Bukit Koman dan memberi sokongan kepada penduduk.

05/07/09

Melebihi 1000 orang penduduk Raub menghadiri perhimpunan anti cyanide di Bukit Koman.

Penduduk Bukit Koman memilih untuk berdemonstrasi secara aman memandangkan tanda-tanda keracunan pada badan mereka sudah jelas kelihatan. Kejadian 300 kes simtom-simtom luar biasa itu tidak boleh diabaikan. Penduduk kampung telah tidak menaruh keyakinan terhadap aktiviti dan janji-janji syarikat perlombonganitu supaya menjaga persekitaran sedangkan bom busuk dari lombong itu pun tidak terkawal.

1 comment:

  1. We're a gold dealer.

    Anyone interested to buy pure cast 999.9 gold bar , pamp suisse brand ( our specialty brand ) 100 gm with certificate or other types of gold ,platinum custom order etc. etc. are welcome to contact us goldman999.9@hotmail.com.

    Internationally recognised. Instant rebate off RM 1000 – 1500 for each bar compared to other dealers.

    Simple as that and better than usual.

    Best buy back offer.

    Make a smart and secured purchase.


    Thank you.

    ReplyDelete